Podcast Nadi Esukan Tentang Perjalanan Kerjaya Dalam Esukan
26 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25/2/2026, Rabu, Dalam episod podcast kali ini, kita menelusuri perjalanan dalam industri e-sukan bersama tetamu jemputan, Encik Aiman Amirul, atau lebih dikenali sebagai ManParang, yang kini merupakan E-Sports Director di MAQNA E-Sports.
Beliau juga merupakan bekas pemain profesional PUBG Mobile, dan dalam perkongsian ini, beliau menceritakan pengalaman bermula sebagai pemain kompetitif sehingga beralih ke peranan pengurusan dan kepimpinan dalam organisasi e-sukan.
Episod ini memberi gambaran sebenar tentang cabaran, realiti industri serta evolusi kerjaya dalam dunia e-sukan. Ia juga membuka perspektif bahawa perjalanan dalam e-sukan tidak terhenti sebagai pemain semata-mata, tetapi boleh berkembang ke pelbagai peranan strategik dan profesional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: